Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri “Berakhirlah sebuah derita”

“Berakhirlah sebuah derita”

oleh Wartawan Kedah Gazette
Sebuah jentolak digunakan untuk merobohkan rumah lama Ishak di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – “Berakhirlah sebuah derita yang berlarutan sejak puluhan tahun lamanya. Derita kepada keluarga Pak Aq (Ishak Darus). Derita kepada penduduk kampung Derga, dan juga kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab.”

Itulah ciapan Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Faisal Mustaffa menerusi Facebooknya selepas rumah lama keluarga Ishak di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di sini dirobohkan pagi ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Ebit Liew diatas bantuan berjaya menamatkan derita ini.

“Rumah tersebut dirobohkan selepas keluarga itu mendapat rumah sewa baharu yang lebih selesa,” katanya.

Faisal Mustaffa

Beliau memberitahu, orang kampung tersebut juga bersyukur kerana masalah yang ditanggung oleh keluarga ini sejak puluhan tahun lamanya selesai. Terasa ringan bebanan mereka.

Jelasnya, sejak tahun 1998 penduduk kampung bermesyuarat dan mereka berusaha untuk memberikan rumah baharu kepada Pak Aq dan 20 orang anak beranak beliau termasuk cucu-cucu.

“Mereka juga pernah berjaya mendapatkan sebuah rumah PPRT di atas sebidang tanah kepada keluarga Pak Aq di Pokok Sena dengan kelulusan Menteri Besar waktu itu, tetapi mereka gagal memujuk Pak Aq untuk berpindah,” ujarnya.

Alhamdulillah, dengan berpindahnya keluarga Pak Aq ianya juga memberikan kesan yang baik kepada agensi. Walaupun dikecam, sekurang-kurangnya kecaman dalam tempoh seminggu dua ini yang berlarutan sejak sekian lama selesai.

Selain itu, Faisal berkata, pihak percaua berpindahnya keluarga Ishal akan memberikan kesan yang baik kepada agensi.

Di peringkat agensi, tambahnya, kritikan dan pandangan diambil positif bagi tujuan penambahbaikan operasi pada masa akan datang.

“Tindakan susulan yang boleh dibuat adalah dengan memantau perkembangan keluarga Pak Aq. Yang lebih penting ialah memastikan sampah mereka diuruskan dengan baik supaya keadaan rumah lebih kemas dan tersusun.

“Jika tidak ianya akan mengundang ketidak selesaan masyarakat setempat ditempat baharu,” katanya.

Kepada semua netizen, Faisal mengajal sama-sama mengharmonikan suasana tanpa menunding jari menyalahkan sesiapa.

“Ustaz Ebit Liew dengan agensi-agensi kebajikan dan zakat tiada sebarang khilaf, tetapi hanya komen sebahagian netizen yang mencurah petrol untuk menghangatkan suasana,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com