Friday, 24, May, 2024
Utama Negeri 57 buah rumah di Baling rosak ditimpa ribut

57 buah rumah di Baling rosak ditimpa ribut

oleh Wartawan Kedah Gazette
Salah sebuah rumah yang rosak di bahagian bumbung dalam kejadian ribit petang semalam.

BALING – Sebanyak 57 buah rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu mengalami kerosakan dalam.kejadian ribut petang semalam.

Setiausaha Pas Kawasan Baling, Nasir Idris memberitahu, antara kampung terlibat adalah Kampung Tanjung Nering sebanyak 3 buah, Kampung Rambong Pulai (10 buah) Kampung Sera (33 buah) Kampung Pak Bong(1 buah).

Menurutnya, kampung-kampung lain pula ialah Kampung Kaki Bukit Kuala Kuang (4 buah). KEDA Kemangi (4 buah) Kampung Kaki Bukit (1 Buah) Dalam Wang (1 Buah).

“Ribut kuat berkunjung tiba, memusnahkan banyak buah rumah di beberapa kampung di dalam DUN Bayu.

“Takdir Allah, sambut Ramadhan kali ini dengan perasaan hiba dan sayu atas musibah yang berlaku,” katanya dalam ciapan Facebooknya semalam.

Nasir berkata, semoga semua mangsa tabah dan bersabar atas ujian ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com