Friday, 29, March, 2024
Utama Nasional “Saya dulu miskin” – Ustaz Ebit

“Saya dulu miskin” – Ustaz Ebit

oleh Wartawan Kedah Gazette

BALING – “Saya dulu miskin, saya cuma nak Allah sayang. Miskin atau kaya bukan mulia atau hina. Keduanya ujian dari Allah.”

Itulah luahan penceramah agama terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam ciapan Facebooknya selepas
membantu sebuah keluarga miskin berpindah ke sebuah rumah yang lebih selesa.

Beliau sebelum itu melawat keluarga miskin tersebut yang tinggal dalam sebuah pondok kecil di kebun getah dekat Baling sejak setahun lalu.

Dalam ciapan di Facebook sebelum itu Ustaz.Ebit menyatakan kesediaannya mencari rumah untuk menjadi tempat tinggal baru keluarga berkenaan.

Katanya, keluarga tersebut boleh berpindah semula sekiranya kerajaan membina rumah baru untuk mereka.

Tambahnya, beliau dah membayar sewa dua bulan rumah yang dihuni keluarga tersebut.

“IsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah.

“Saya pergi kedai perabot belikan dua katil queen dan tilam serta dua tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker. Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak,” katanya lagi.

Selain itu, katanya, beliau juga ingin membantu anak keluarga berkenaan belajar di madrasah. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com