Thursday, 25, April, 2024
Utama Nasional MPC Wilayah Utara anjur Sembang Santai Produktif secara online

MPC Wilayah Utara anjur Sembang Santai Produktif secara online

oleh Wartawan Kedah Gazette

KANGAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Yusof bakal berkongsi inisiatif produktif yang dijalankan di negeri itu sehingga diisytiharkan kawasan pertama zon hijau Covid-19 pada program Sembang Santai Produktif secara online menerusi webinar pada pukul 2.30 petang, Rabu ini.

Program sembang santai yang dianjurkan Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara itu bertajuk ‘Covid-19: Perlis ‘New Normal’.

Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah berkata, Azman menjadi ahli panel pada program itu akan membentangkan langkah-langkah pencegahan yang diambil sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri terbabit.

Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah

“Tajuk program berkenaan dipilih selepas Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu Covid-19 dikesan melebihi dua minggu.

“Orang ramai berpeluang mengetahui bagaimana kerajaan Perlis melakukannya dengan produktif sehingga berjaya mengekang wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Sembang Santai Produktif itu juga diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis.

Azman Yusof

Pada 23 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan melebihi dua minggu.

Dr. Mazrina berkata, mereka yang berminat mengikuti program sembang santai itu boleh mendaftar segera di link https://attendee.gotowebinar.com/register/6890241754540466188 dan Webinar ID 848-040-547.

“Selepas pendaftaran anda akan menerima pengesahan penyertaan melalui emel,” tambahnya.

Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan melayari halaman rasmi MPC Wilayah Utara. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com