Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Wow jual online ulam-ulaman dapat sambutan!!!

Wow jual online ulam-ulaman dapat sambutan!!!

oleh Ammar Haziq
Siti Rohani berniaga ulam-ulaman di Pasar Pekan Kuala Nerang sejak 7 tahun lalu

Perkembangan teknologi jika dimanfaatkan sebaik mungkin mampu digunakan untuk menambah pendapatan harian.


Perkara tersebut disuarakan oleh seorang peniaga ulam-ulaman dari Kuala Nerang, Kedah, Siti Rohani Mohd Isa apabila keuntungannya meningkat sedikit selepas menggunakan aplikasi eDESA@Bazar sejak awal Ramadan lalu.


Menurutnya, pendapatan hariannya sekitar RM50 sehari dengan menjualnya di Pasar Pekan Kuala Nerang namun selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia cuba memasarkan ulam-ulamannya di dalam talian.

Siti Rohani memanfaatkan perkembangan teknologi sebaik mungkin


“Pada awalnya saya rasa ragu-ragu kerana belum ada peniaga yang menjual ulam-ulaman menggunakan online namun selepas saya mencuba nampaknya ada hasil. Hari pertama Ramadan sahaja sudah ada pelanggan yang beli.


“Saya syukur kerana masih lagi dapat berniaga dalam musim PKP ini dan berharap aplikasi ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan saya sekeluarga,”katanya.


Siti Rohani berkata antara ulam-ulaman yang mendapat sambutan adalah pucuk daun letup,pucuk putat,pucuk daun asin-asin, peria pantai, cekur, pucuk daun gajus, petai, bunga kantan, rebung hutan, daun selom, daun kesom, daun kadok, belimbing buluh dan daun maman.

Jasnizam Husni

Sementara itu Timbalan Pengerusi Rangkaian Anak-anak Padang Terap (RAPAT), Jasnizam Husni berkata, eDESA@Bazar  adalah usaha badan bukan kerajaan (NGO) itu dalam membantu sebanyak 148 peniaga di daerah tersebut.

Menurutnya, pihaknya bercadang untuk meneruskan aplikasi tersebut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana melihat keberkesanannya di dalam membuka ruang perniagaan dan juga pekerjaan kepada penduduk di sekitar Padang Terap.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com