Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri 50 penjaja dapat bantuan barangan keperluan makanan

50 penjaja dapat bantuan barangan keperluan makanan

oleh Wartawan Kedah Gazette
Mohd Kholib Hamid (kiri) menyampaikan bantuan barangan keperluan makanan kepada salah seorang penjaja di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Seramai 50 ahli Persatuan Penjaja Kota Setar yang terjejas pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan barangan keperluan makanan daripada persatuan itu semalam.

Pengerusinya, Mohd Kholib Hamid berkata, bantuan tersebut merupakan tanda prihatin persatuan selepas ahli-ahlinya hilang pendapaan kerana tidak dapat berniaga dalam tempoh PKP ini.

“Ahli-ahli persatuan itu berniaga di sekitar bandar raya ini dan mereka hanya pendapatan kecil untuk menyara keluarga.

“Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban ahli-ahli terlibat dan menceriakan keluarga mereka,” katanya kepada kedahgazette.com hari ini.

Mohd Kholib berkata, pihak persatuan akan meneruskan bantuan tersebut kepada ahli-ahli lain secara berperingkat.

“Saya mengharapkan pada bulan Ramadan ini, terdapat syarikat-syarikat korporat dan individu tampil untuk menghulurkan bantuan kepada penjaja kecil ini,” ujarnya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com