Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Ramai penduduk mengeluh tidak dapat borang bantuan

Ramai penduduk mengeluh tidak dapat borang bantuan

oleh Wartawan Kedah Gazette
Norsabrina Mohd Noor

Ramai penduduk mengeluh tidak dapat borang bantuan

BANDAR BAHARU – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bandar Baharu, Norsabrina Mohd Noor menyuarakan keluhan orang ramai yang masih belum mendapat borang bagi memohon bantuan daripada kerajaan negeri Kedah.

Beliau berkata, apabila beliau masuk ke kawasan kampung bagi bertemu masyarakat dalam kawasannya, ramai bertanya kenapa mereka tidak boleh dapat borang.

“Tanya pejabat PH (Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Harapan) kata borang habis, ada yang dapat borang pulak nak suruh saya tanda tangan, memang tak sah borang tu,” katanya dalam hantaran di facebook beliau.

Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bantuan RM300 kerajaan negeri mula membayar bantuan khas covid 19 mulai 13 Mei ini secara berperingkat.

Pembayaran melibatkan seramai 22,529 orang iaitu purata 700 penerima bagi setiap kawasan dewan undangan negeri.

Norsabrina berkata, dimaklumkan kuota 700 borang sahaja bagi setiap DUN.

“Kalau angka 22,579 maksudnya banyak la borang yang tak diproses @ tak mohon @ gagal,” katanya.

Sementara itu dalam facebook Warta Kedah, akhbar rasmi kerajaan negeri Kedah, ramai yang mengadu kesukaran mendapat borang, borang telah habis dan tidak mendapat maklumat daripada pejabat ADUN tentang bantuan itu.

Ada yang menulis bantuan itu tidak menyeluruh kepada semua pihak, bilangan 700 orang bagi satu DUN tidak mencukupi kerana ramai yang terkesan covid 19 dan mendakwa wujud unsur pilih kasih dalam pengedaran borang. — KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com