Saturday, 20, April, 2024
Utama Politik 17 Penyelaras DUN Kedah mahu DUN dibubar

17 Penyelaras DUN Kedah mahu DUN dibubar

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Kumpulan 17 Penyelaras DUN Kedah yang menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat keputusan supaya kerajaan negeri membuburkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zahran Abdullah (Dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar menyokong kepimpinan Mukhriz di Alor Setar hari ini.

Wakil kumpulan tersebut, Penyelaras DUN KeSungai Limau, Zahran Abdullah berkata, mereka membuat keputusan tersebut selepas masih ada pihak tertentu tidak dapat melihat kejayaan Mukhriz Mahathir membawa banyak pelaburan di negeri ini sebagai agenda yang menguntungkan rakyat dan negeri.

“Sekiranya masih ada agenda peribadi untuk terus menerus berpolitik, bagi kita jalan terbaik adalah dengan membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri), itu keputusan kita,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Seramai 11 orang daripada 17 Penyelaras DUN yang menyokong Mukhriz hadir pada sidang akhbar itu.

Zahran berkata, pihaknya yakin kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz mempunyai visi yang jelas dalam menjayakan pembangunan ekonomi dan pemerkasaan masyarakat negeri Kedah ketika ini.

“Di sini, kami ingin menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar serta barisan kepimpinan kerajaan negeri yang telah dipilih dan diantik sehingga berakhirnya tempoh lima tahun iaitu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak,” katanya.

Pada pagi tadi juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin dalam DUN Kedah mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memberi sokongan padu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua ADUN itu juga memgumumkan mereka akan menjadi ADUN Bebas selepas ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com