Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Peralihan pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah

Peralihan pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah

oleh Wartawan Kedah Gazette
Surat rasmi arahan pertukaran pegawai tadbir negeri yang dikeluarkan semalam.

ALOR SETAR – Pengurus Besar (Pentadbiran dan Kewangan) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Datuk Armishah Siraj dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah yang baharu mengantikan Abdul Halim Hassan berkuat kuasa hari ini.

Hari ini juga bakal menyaksikan Kedah mendapat Menteri Besar yang baharu dengan Ahl Dewan Undangan Negeri (ADUN) JenerI, Muhamad Sanusi Md Nor dijangka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah pada petang ini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula akan melepaskan jawatan pada sebelah pagi.

Surat pertukaran berkenaan dikeluarkan semalam oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Abdul Halim pula ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menjadi amalan lazim apabila Menteri Besar bertukar maka akan berlaku rombakan terhadap pegawai di pejabat Menteri Besar.

Adalah juga lumrah Menteri Besar melantik sepasukan pegawai yang beliau pilih sendiri bagi membantu menjalankan tugas.

Dengan rombakan itu, Armishah kembali buat kali ketiga mengetuai pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, beliau adalah Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada dua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Armishah mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam hal ehwal negeri Kedah. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com