Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Kedah benarkan solat Jumaat, solat sunat Hari Raya Aidilfitri namun dihadkan 12 orang

Kedah benarkan solat Jumaat, solat sunat Hari Raya Aidilfitri namun dihadkan 12 orang

oleh Wartawan Kedah Gazette
Solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri dibenarkan di seluruh masjid di Kedah berkuat kuasa 22 Mei ini. – Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seluruh masjid di Kedah diberikan kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mufti Negeri Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang berkata, kebenaran tersebut dihadkan bilangan jemaah seramai 12 orang sahaja berkuat kuasa pada 22 Mei ini

“Menjunjung titah perintah Al Aminul Kareem Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah yang telah perkenan mengenai kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Adiliftri di seluruh negeri Kedah sepanjang tempoh PKPB.

“Maka dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dalam negeri Kedah diberikan kepada seluruh masjid dalam negeri Kedah.

“(Namun) dengan dihadkan bilangan jemaah seramai 12 orang sahaja dengan berkuat kuasa pada 22 Mei 2020 bersamaan 29 Ramadan 1441,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com