Friday, 29, March, 2024
Utama Umum Feng Shui pejabat MB Kedah tidak bagus?

Feng Shui pejabat MB Kedah tidak bagus?

oleh Wartawan Kedah Gazette
Hiasan logo kerajaan negeri kedah yang di kelilingi garisan seperti ombak yang terdapat di pejabat Menteri Besar Kedah pada tahun 2017.

ALOR SETAR – Ketika penulis berada di ruang menunggu penyambut tetamu Pejabat Menteri Besar Kedah sekitar pertengahan tahun 2017 telah disapa seorang lelaki berbangsa Cina yang baru dikenali dengan memberitahu feng shui pejabat itu tidak bagus.

Beliau memaklumkan perkara tersebut sambil menunding jari kepada satu hiasan dinding di belakang meja penyambut tetamu.

Hiasan berkenaan berupa satu arcalic mempunyai logo negeri Kedah dan di kelilingi garisan seperti ombak.

Lelaki berbangsa Cina berusia 50an itu memberitahu, logo negeri Kedah di atas ombak tidak bagus kerana seperti ombak, kerajaan negeri akan sentiasa beralun dan digoncang dengan dengan pelbagai cabaran serta dugaan.

Bagaimanapun penulis yang berada di pejabat berkenaan untuk berjumpa dengan salah seorang pegawai Menteri Besar tidak ambil kisah tentang cerita lelaki Cina itu kerana tidak pernah peduli tentang feng shui.

Difahamkan, kisah feng shui ini di sebalik hiasan itu telah disampaikan kepada pegawai Menteri Besar ketika itu iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, tetapi mungkin kerana ia tidak penting dan orang Melayu tidak kisah sangat tentang feng shui, hiasan itu tidak berubah sehingga pilihan raya umum tahun 2018.

Tetapi selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018 dan Ahmad Bashah turut kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri Suka Menanti diikuti perletakan jawatan MB Datuk Seri Mukhriz Mahathir minggu ini, penulis terfikir kembali kata-kata lelaki berbangsa Cina itu.

Walaupun orang sering kata kerusi Menteri Besar Kedah adalah panas, namun kisah feng shui itu mungkin ada merit bagi kaum Cina.

Bagaimanapun penulis tidak pasti sama ada hiasan itu masih ada atau telah ditukar baharu memandangkan selepas itu tidak lagi mengunjungi pejabat Menteri Besar itu.

Dalam masyarakat Cina, melalui amalan Feng Shui, mereka dapat membawa kebaikan dalam kehidupan dan selepas kematian.

Feng Shui dalam masyarakat India pula yang dikenali sebagai Vasthu Sastra membantu mencapai kese.

Namun, dalam masyarakat Melayu yang berpegang pada ajaran Islam, kepercayaan Feng Shui ditegah kerana amalannya bercanggah dengan prinsip Islam. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com