Tuesday, 23, April, 2024
Utama Negeri Yan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia

Yan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia

oleh Wartawan Kedah Gazette
10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019.

YAN – Majlis Daerah Yan memenangi anugerah antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019 dan merupakan bandar paling bahagia di Kedah pada tahun tersebut.

Pemenang anugerah berkenaan diumumkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) semalam.

Anugerah tersebut diperkenalkan sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menduduki tempat pertama bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019.

PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.

Indeks ini membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenal pasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan bandar dan pentadbiran mereka.

Selain itu, hasil kajian itu juga membantu PBT menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada penduduk.

Senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019.

(i) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah;
(ii) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu;
(iii) Majlis Bandaraya Seremban;
(iv) Majlis Perbandaran Kulai;
(v) Majlis Perbandaran Taiping;
(vi) Majlis Perbandaran Kuantan;
(vii) Majlis Perbandaran Bentong;
(viii) Majlis Perbandaran Jasin;
(ix) Majlis Daerah Yan;
(x) Majlis Daerah Jeli.

INFO bagaimana tahap kebahagiaan sesebuah bandar diukur

* Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

* Indeks kebahagiaan merupakan salah satu indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 komponen utama, antaranya:
(i) Tahap kehidupan dan kesihatan;
(ii) Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
(iii) Keseronokan bekerja;
(iv) Pengurusan kewangan;
(v) Hubungan dengan jiran;
(vi) Aktiviti bersama komuniti;
(vii) Keselamatan kawasan kediaman;
(viii) Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
(ix) Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
(x) Kualiti alam sekitar.

– KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com