Thursday, 25, April, 2024
Utama Politik PH Plus mohon maaf, belum boleh umum calon PM

PH Plus mohon maaf, belum boleh umum calon PM

oleh Ammar Haziq
Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan (PH) Plus memohon maaf secara terbuka kerana masih belum boleh lagi mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) dari blok mereka jika berjaya membentuk kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan oleh pihaknya untuk mengumumkan calon PM tersebut.

“Kita (PH Plus) memohon maaf kerana kita terpaksa menangguhkan sedikit pengumuman mengenai kepimpinan yang bakal menerajui negara kita,” katanya di Facebooknya hari ini.

Hal itu dijelaskan beliau ketika ura-ura bertiup kencang PH Plus berusaha mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional.

Status Anwar di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, keutamaan PH kini adalah untuk mengembalikan mandat rakyat dan diingatkan bahawa agenda reformasi dan kebajikan rakyat itu menjadi perkara pokok yang mesti mengikat semua dalam rencana ini.

“Kita tidak berganjak bahawa negara ini perlukan tadbirurus yang baik dan mengangkat agenda reformasi institusi secara menyeluruh,”kataya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com