Friday, 26, April, 2024
Utama Viral Abang foodpanda basikal jentik hati warganet dan Datuk Seri

Abang foodpanda basikal jentik hati warganet dan Datuk Seri

oleh Ammar Haziq
kegigihan seorang runner foodpanda yang menggunakan basikal untuk mencari rezeki menyentuh hati warganet.

Kegigihan seorang runner Foodpanda yang menaiki basikal ketika menghantar makanan yang tular di media sosial semalam menarik perhatian warganet.

Jelas kesungguhan yang ditunjukkan lelaki tersebut mendapat perhatian dan simpati warganet kerana dia sanggup bersusah dan berpanas untuk mencari rezeki.

Foto yang tular itu telah menjentik hati Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk Seri Sanjeevan Ramakrisnan untuk membantu lelaki tersebut.

orang ramai diminta untuk membantu dab mengesan abang foodpanda basikal.

Menerusi laman Twitter Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu, beliau telah menulis bahawa mahu meminta bantuan orang ramai mengenalpasti identiti lelaki kerana ingin membantunya.

“Sesiapa yang kenal brother ini tolong minta dia berhubung dgn sy di 0196003636.

Sy akan cuba usahakan something fr him – maybe a motorbike fr him,”tulisnya di twitter – KG.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com