Thursday, 18, April, 2024
Utama Politik Apa hala tuju PH Plus selepas ada 2 calon PM?

Apa hala tuju PH Plus selepas ada 2 calon PM?

oleh Ammar Haziq

FOTO FB ANWAR IBRAHIM

Anwar (kiri) dan Tun Mahathir pada satu pertemuan pimpinan PH Plus baru-baru ini.

Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Harapan (PH) Plus kini sedang menanti apa tindakan gabungan blok pembangkang itu selepas kini mereka mempunyai dua calon Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKR hari ini memutuskan mereka kekal dengan calon mereka iaitu Anwar yang juga Presiden parti itu sebagai calon PM ke-9 sekiranya gabungan itu mengambil alih kerajaan pusat dari Perikatan Nasional (PN).

Cadangan itu bertentangan dengan cadangan calon yang dipersetujui DAP, Amanah dan Warisan yang bersetuju memilih Tun Mahathir untuk sekali lagi menjawat jawatan PM.

Terdahulu, DAP dan Amanah menyokong Tun Mahathir kerana Anwar hanya mampu menerima sokongan maksimum 96 daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen.

Dalam kenyataan bersama mereka, kedua-dua parti itu mendedahkan angka itu tidak mencukupi bagi membolehkan PH dengan kerjasama fraksi pemimpin Bersatu diketuai Tun Mahathir dan Parti Warisan Sabah membentuk kerajaan baharu.

Berikutan itu, DAP dan Amanah menegaskan pilihan kedua iaitu Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri bagi tempoh enam bulan dengan Anwar sebagai timbalannya, dikemukakan.

“Jumlah 96 ahli Parlimen menyokong pilihan pertama melibatkan 91 sokongan ahli Parlimen PH meliputi 38 ahli Parlimen PKR, DAP (42) dan Amanah (11) dengan lima daripada Bersatu, termasuk Mahathir.

“Usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi,”kata pemimpin DAP dan Amanah kepada media hari ini.

Khalid dan Anthony Loke menyuarakan kehairanan dengan pendirian terbaharu Majlis Pimpinan PKR kerana pilihan mengangkat kembali Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dipengerusikan Anwar pada 30 Mei lalu. -KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com