Saturday, 20, April, 2024
Utama Umum Doakan Elewsmart mampu bantu lebih ramai orang – Ustaz Ebit

Doakan Elewsmart mampu bantu lebih ramai orang – Ustaz Ebit

oleh Ammar Haziq
Ebit di hadapan satu dari 10 rangkaian kedainya yang sedang dinaiktaraf.

“Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate,”tulis Ustaz Ebit Lew di Facebooknya.

Jelasnya, ramai yang bertanyakan mengapa beliau tiba-tiba mahu membuka 10 cawangan kedainya dengan tiba-tiba.

“Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.

Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan,”tulisnya lagi.

Ustaz Ebit menyampaikan sumbangan ketika turun ke Sabah beberapa hari lalu.

Ustaz Ebit berkata, pengalaman semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut banyak mengajarnya untuk lebih bersedia di dalam membantu lebih ramai mereka yang memerlukan.

“Masa PKP, 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari jer dah habis. Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

“Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ye semua,”katanya lagi.

Ustaz Ebit membantu sebuah keluarga di Sabah baru-baru ini dengan membelikan peralatan rumah seperti peti ais, kipas angin, periuk nasi, dapur memasak dan banyak lagi.

Menurutnya, 10 cawangan Elewsmart kini berada di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. -KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com