Tuesday, 23, April, 2024
Utama Viral Pembakar kucing diburu! Tawar RM10,000 untuk maklumat sahih

Pembakar kucing diburu! Tawar RM10,000 untuk maklumat sahih

oleh Ammar Haziq
Tular di laman media hari ini seekor anak kucing telah dibakar tanpa belas kasihan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) melalui Facebooknya hari ini menawarkan ganjaran RM10,000 kepada individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat berhubung insiden membakar kucing yang tular hari ini untuk tampil membantu siasatan.

Menurutnya, pihaknya menaikkan ganjaran dari Rm3,000 kepada Rm10,000 kepada sesiapa yang mempunyai info sahih berkaitan perkara tersebut.

“Satu hantaran di laman Facebook rasmi hari terdapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian tersebut berlaku di Pahang namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya,” katanya yang dipetik menerusi Bernama.

Jelas persatuan tersebut, pihaknya merayu agar maklumat lengkap dengan laporan polis dapat diambil sehingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membakar anak kucing itu hidup-hidup sekiranya benar kejadian dan pelaku berada di Malaysia.

bagi mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lengkap boleh hubungi menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011-20901097. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com