Wednesday, 17, April, 2024
Utama Umum Padah selit pistol tiruan di belakang seluar

Padah selit pistol tiruan di belakang seluar

oleh Ammar Haziq
foto suspek yang kini viral di laman sosial.

GEORGETOWN- Polis menahan seorang lelaki di pos pengawal sebuah kondominium di Sungai Ara, Bayan Lepas pada jam 3 pagi hari ini kerana menyelit pistol tiruan di belakang seluarnya ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis turut merampas satu kelopak, beg sandang, sebuah motosikal Honda termasuk sebuah senjata tiruan dari lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Menurutnya, alasan lelaki tersebut berbuat demikian adalah sebagai gurauan sahaja.


Selain itu, hasil semakan rekod yang lalu mendapati suspek mempunya empat rekod membabitkan jenayah dan juga dadah.


Terdahulu, seorang individu didapati memuat naik dua keping foto berkenaan menerusi hantaran dalam bahasa Cina di Facebook.

Foto tersebut menunjukkan suspek menaiki motosikal Honda Wave dengan terselitnya pistol tiruan di belakang seluarnya ketika melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke susur Jambatan Pulau Pinang di Georgetown. – KG8

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com