Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri 300 kilogram pisang dari Thailand disekat masuk

300 kilogram pisang dari Thailand disekat masuk

oleh Ammar Haziq
Pisang yang dirampas di AKSEM di Bukit Kayu Hitam, Kedah. – FOTO MAQIS Kedah

Bukit Kayu Hitam, Kedah – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk dan menahan keluaran pertanian dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh Pegawai MAQIS ke atas sebuah lori di laluan kargo import Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam mendapati sebanyak 300 kilogram (kg) pisang yang dianggarkan bernilai RM1,500.00,

Pisang tersebut yang dibawa masuk tanpa dokumen yang sah seperti Permit Import yang dikeluarkan daripada Jabatan MAQIS dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal dan tujuan kemasukan keluaran pertanian tersebut untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Anggota MAQIS membawa turun pisang-pisang dari sebuah lori di laluan kargo di Bukit Kayu Hitam.

Menurut pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind A/P Paul Pakianathan berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) di bawah Akta sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, pihak MAQIS sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com