Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional Tauke kedai Salleh dipenjara 5 bulan, denda RM12,000

Tauke kedai Salleh dipenjara 5 bulan, denda RM12,000

oleh Ammar Haziq
Gambar Nezar yang berada di depan kedainya memakai gelang pink yang tular sebelum diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

ALOR SETAR – Pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kedah dikenakan hukuman penjara 5 bulan dan denda sebanyak RM12, 000 setelah mengaku bersalah terhadap 4 pertuduhan yang dikenakan kerana didapati bersalah melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah bagi kes penyakit covid-19.

Keingkaran yang ditunjukkan oleh tertuduh menyebabkan kepada penyebaran PUI Kluster Sivagangga sehingga menyebabkan empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) sehingga 30 Ogos ini dan lebih 40 mangsa telah positif Covid-19.


Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 merupakan indeks kes untuk kluster sivagangga yang berpusat di daerah Kubang Pasu dan kertas Siasatan dibuka oleh Unit Penyiasatan dan Perundangan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Pasukan penyiasat terdiri daripada PKP Zulnazri Mat, PPKPK Mali Aproi, PPKP Nur Shafinas Shuib dan PPKP Saiful Nazmi Mohd Rodzi dan kes ini menjadi perhatian ramai atau “public interest” kerana telah mengakibatkan beberapa kawasan diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Pentadbiran (TEMCO).

Kes ini juga telah mendapat perhatian Peguam Negara setelah diberi taklimat oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah semasa lawatan beliau ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini.

Siasatan telah dijalankan dibawah seksyen 22(b), Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu tidak mematuhi perintah yang sah yang dikeluarkan oleh Pegawai Diberikuasa.


Sebutan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Zabedah Ahmad pada hari ini dan kes didengar oleh Majistret Tuan Hadi Hakimi bin Harun.

Prosiding dijalankan di Wad Pengasingan Covid-19 Hospital Alor Setar kerana tertuduh masih lagi dikenakan pengawasan dan pemerhatian sebelum dibenarkan keluar hospital.


Siasatan mendapati tertuduh telah mengunjungi empat buah premis tumpuan awam semasa dalam tempoh pemerhatian dan pengawasan tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com