Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Kedah belum laksanakan TEMCO di Tawar, Baling

Kedah belum laksanakan TEMCO di Tawar, Baling

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah setakat ini belum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan Tawar, Baling yang dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Ahad 16 Ogos ini.

Bagaimanapun Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKKD) Baling telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat di peringkat daerah dan segera mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah. 

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan orang ramai untuk tidak mengadakan sebarang keramaian atau perhimpunan di kawasan yang ada kes.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, satu kluster baharu COVID-19 dikenal pasti bertumpu di Mukim Tawar, Kedah.

Beliau dilaporkan berkata, kes pertama kluster itu (kes 9,113) membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang juga seorang peniaga.

Dr Noor Hisham berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung antara 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com