Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Lelaki maut digilis lori di Pokok Sena

Lelaki maut digilis lori di Pokok Sena

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Seorang lelaki maut digilis apabila terperosok di bawah sebuah lori di Jalan Pokok Sena kira-kira jam 8 pagi tadi.


Mangsa berusia 30an itu menunggang motosikal bersama seorang lagi lelaki namun lelaki berkenaan selamat.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, 
apabila pasukannya tiba dilokasi kejadian didapati benar kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah motosikal Honda Wave . 


Menurutnya, Komander operasi melaporkan mangsa berada di bawah lori bersama motosikal . 


“Komander operasi mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa dan motosikal menggunakan peralatan khas resque tools.


“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. 


“Tindakan anggota BBP Pokok Sena memastikan lokasi kejadian selamat dan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com