Friday, 19, April, 2024
Utama Negeri Lelaki Perancis gelang pink cetus panik di Lapangan Terbang Langkawi

Lelaki Perancis gelang pink cetus panik di Lapangan Terbang Langkawi

oleh Ammar Haziq
Kelibat warga Perancis tersebut menimbulkan rasa panik di kalangan khalayak yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hari ini.

FOTO EHSAN POLIS LANGKAWI

LANGKAWI – Kelibat warganegara Perancis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan memakai gelang kuarantin berwarna pink mencetuskan rasa panik khalayak yang berada di kawasan tersebut kira-kira jam 3.30 petang hari ini

Bagaimanapun, tindakan pantas polis bantuan MAB berjaya mengawal keadaan dengan membuat pemeriksaan terhadapnya yang menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris pada 19 Ogos ke Doha dan seterusnya terus ke KLIA menaiki pesawat yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim,hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 64 tahun itu telah disaring oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di KLIA semasa tiba kira-kira 8.25 pagi tadi dan keputusan saringan tersebut adalah negatif Covid-19.

“Lelaki itu diarahkan agar supaya membuat ‘self quarantine’ di rumahnya di Jalan Pantai Cenang, Langkawi. Pihak KKM KLIA juga telah mengarahkannya bertemu dengan pihak CPRC Kedah pada 1 September ini dan pada 2 September pula dia dikehendaki menjalani swab Covid-19 untuk kali ke 2.

“Pihak KKM Langkawi telah berhubungan dengan KKM KLIA dan telah mendapat kebenaran untuk subjek membuat ”self quarantine’ di kediamannya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan rapi terhadap warga Perancis tersebut.

Mohd Iqbal berkata, pihak PDRM dan KKM Langkawi akan membuat pemantauan ke atas lelaki Perancis itu di alamat tersebut dari masa ke semasa untuk memastikan subjek mematuhi perintah kuarantin yang telah ditetapkan.

“Nasihat saya agar netizen jangan panik dan sentiasa mengamalkan SOP KKM sepanjang berada di Pulau Langkawi,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com