Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Dua ditahan pasang bendera terbalik di Langkawi

Dua ditahan pasang bendera terbalik di Langkawi

oleh Ammar Haziq

FOTO POLIS LANGKAWI

LANGKAWI – Polis meerima maklumat dari orang awam mengatakan telah tular di media sosial dua keping gambar berkaitan pemasangan bendera negeri Kedah secara terbalik di sebuah premis perniagaan Makanan Laut di Pekan Kuah Langkawi, petang semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan Polis Langkawi telah pergi ke tempat kejadian berjumpa dengan pemilik restoran berkenaan.

Beliau memberitahu telah mengarahkan pekerjanya seorang lelaki Bangladesh menaikkan bendera tersebut dihadapan premis mereka tanpa menyedari bendera tersebut telah dipasang secara terbalik sebelum ditegur oleh salah seorang pelanggan mereka.

Pemilik dan pekerja restaurent tersebut seterusnya ditangkap di bawah Sekyen 504 Kanun Keseksaan, Sek 14 Akta Kesalahan Kecil serta Seksyen 39B Akta Imigresen 59/63.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Bin Ibrahim menasihatkan orang ramai agar lebih peka dan sensitif serta mematuhi tatacara mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri demi mengelakkan ketegangan dikalangan Masyarakat.

“Perkataan tidak perasan atau tidak sengaja tidak seharusnya di jadikan sebagai alasan,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com