Friday, 29, March, 2024
Utama Sukan Aidil Sharin dirisik Perak, dua pasukan Lembah Klang

Aidil Sharin dirisik Perak, dua pasukan Lembah Klang

oleh Ammar Haziq
Aidil Sharin Sahak. Foto Ihsan KFA

ALOR SETAR – Kelibat Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak semakin mendapat perhatian apabila Perak dan dua pasukan di Lembah Klang mahu mendapatkan khidmatnya pada musim 2021.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh empunya diri namun rundingan masih lagi di peringkat perbincangan awal.

Aidil Sharin berkata, fokusnya kini masih lagi bersama Kedah walaupun pasukan lain sudah mula merisik dan mahu menawarkan kontrak namun keutamaannya adalah masih lagi pasukan Kedah.

“Kedah masih lagi nombor satu bagi saya. Saya harap Kedah dapat mara ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun ini,”katanya.

Hari ini media melaporkan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mencalonkan Aidil Sharin sebagai penganti Mehmet Durakovic bagi memberikan nafas baharu kepada skuad Seladang musim hadapan. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com