Friday, 19, April, 2024
Utama Umum Maut jatuh dalam tangki minyak sawit

Maut jatuh dalam tangki minyak sawit

oleh Ammar Haziq

JASIN – Pekerja kilang warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam sebuah tangki kumbahan minyak sawit di kilang memproses kelapa sawit di Rim di sini, dalam kejadian kira-kira jam 11.24 pagi, hari ini, lapor Sinar Harian.

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Rli berkata, mangsa, Md Abdul Manan Molla, 39 tidak memakai sebarang pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) tergelincir lalu terjatuh ke dalam tangki dengan kepanasan suhu kira-kira 60 darjah celcius itu.

Menurutnya, mangsa ditemui terjatuh dalam terjatuh ke dalam tangki kumbahan minyak sawit di sebuah kilang di Rim pagi tadi.

“Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari dalam tangki dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,”katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa ditemui pada jam 2.45 petang sebelum kerja-kerja mengeluarkan mayat dilakukan selepas mengesan kedudukannya di dasar tangki.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com