Saturday, 20, April, 2024
Utama Politik Anwar Jangan Jauhkan Anak Muda Dari Politik

Anwar Jangan Jauhkan Anak Muda Dari Politik

oleh Ammar Haziq
Nurul Amin (tengah) bersama Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin (kiri) di Muktamar Pemuda Pas Kedah 2020 di Alor Setar. FOTO ARKIB

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat tindakan terdesak Anwar Ibrahim membuat pengumuman kerajaan PN telah jatuh kerana hilang majoriti sebagai satu tindakan yang memberi kesan kepada minat golongan muda terhadap politik.

Tindakan Anwar Ibrahim yang mendahului perlembagaan dan Yang Di Pertuan Agong , dan menafikan hak Perdana Menteri dilihat memberi kefahaman songsang kepada anak muda yang pada asasnya mesti memahami politik mesti mengikuti perlembagaan dan undang-undang.

Kami juga ingin menekankan peri penting mengamalkan politik Islam yang mengutamakan kesejahteraan rakyat daripada kepentingan peribadi seperti mana pernah digariskan oleh PAS melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

Ketidakpastian mengumumkan angka sokongan terhadap Anwar Ibrahim juga adalah bentuk penipuan terhadap rakyat, menggugat kestabilan siasah, dan merencatkan ekonomi negara.

Justeru kami menyeru agar Anwar Ibrahim kembali ke pangkal jalan, jangan memberi kefahaman songsang kepada anak muda melalui tindakan terdesak beliau dan kembali mengamalkan politik Islam yang lebih harmoni dan kukuh.

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
24 September 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com