Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri UUM tangguh kemasukan pelajar secara fizikal Oktober 2020

UUM tangguh kemasukan pelajar secara fizikal Oktober 2020

oleh Ammar Haziq

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil langkah awal untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama secara fizikal ke kampus UUM seperti mana hebahan dikeluarkan pada 15 September 2020 berikutan peningkatan kes penularan wabak Covid-19 di negara ini.


UUM mengambil maklum kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 mengenai Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal/Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020 dan bersetuju untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar sehingga ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.


Keputusan ini adalah berdasarkan perkembangan semasa Covid-19 di negara ini, namun pendaftaran pelajar tetap dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.


Langkah yang diambil ini adalah bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar universiti ini adalah terjamin.


UUM telah mengambil langkah proaktif sejak bulan Februari lagi dengan membuat hebahan tentang pencegahan penularan jangkitan Covid-19, pelaksanaan kelas menggunakan mod pengajaran dan pembelajaran secara remote learning.


Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh terus kekal berada di kampus dan pihak universiti akan membantu segala keperluan yang diperlukan pelajar.


Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu pada 7 dan 8 Oktober 2020 diteruskan seperti yang dijadualkan secara atas talian.


Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) juga akan berjalan mengikut jadual secara atas talian mulai 11 Oktober 2020.


Universiti akan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPT bagi mencegah penularan wabak ini bagi memastikan UUM kekal selamat.8

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi HOTLINE berikut:

Bilik Gerakan Bencana Covid-19, INASIS Yayasan AlBukhary Muamalat

09-928 4586 / 4581 / 4580 / 019-441 8055 / 013-422 3666



Dekan Hal Ehwal Pelajar

04-928 4010 / 4011



Pengarah Pusat Kesihatan Universiti

04-928 2519 / 4444

PROF. MADYA DR. HENDRIK LAMSALI
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Utara Malaysia
4 Oktober 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com