Wednesday, 24, April, 2024
Utama Nasional Ustaz Ebit hantar keperluan 2,000 orang ke Penjara Alor Setar

Ustaz Ebit hantar keperluan 2,000 orang ke Penjara Alor Setar

oleh Ammar Haziq

Ustaz Ebit Lew menerusi Facebooknya berkata, pihaknya telah menghantar barangan keperluan kepada 2,000 orang untuk kegunaan di Penjara Alor Setar hari ini.

“Doakan ya 2 lori dan 1 hilux dalam perjalanan ke Penjara Alor Setar petang ni. Semalam 2 lori penjara ke Pokok Sena.

“Hari ini kita hantar keperluan mandi dan keperluan lain untuk 2000 orang. Sabun mandi, ubat gigi,sabun pinggan dan mee serta makanan, tilam dan bantal yang selesa. Semuanya barang keperluan asas saya beli di warehouse Elewsmart. Tilam dan bantal selesa saya beli di Fuzi Dream,”katanya.

Menurutnya, kita semua sebuah keluarga dan semalam banyak mesej dari keluarga petugas penjara ucap terima kasih.

“Mereka teramat gembira dan terharu. Jabatan penjara mengucapkan terima kasih. Syukur dapat membantu. Berjuta pengorbanan petugas disana.

“Ya Allah selamatkanlah sembuhkanlah mereka semua di penjara. Di seluruh Malaysia. Angkatlah covid 19 ini. Hilangkanlah terus. Satukan hati kami semua rakyat Malaysia dengan kasih sayang,”katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com