Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Maqis rampas 150 kg buah dokong dari Thailand

Maqis rampas 150 kg buah dokong dari Thailand

oleh Ammar Haziq

Teks/Foto MAQIS

Bukit Kayu Hitam, Kedah – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk dan merampas keluaran pertanian dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan terhadap sebuah lori di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menemui sebanyak 150 kilogram (kg) buah dokong yang diletakkan dalam bakul yang dianggarkan bernilai RM240.00 yang cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import sepertimana yang telah ditetapkan iaitu gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil perakuan 3P.

Menurut pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Menurutnya lagi, tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan lagi di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com