Tuesday, 23, April, 2024
Utama Sukan Tiada sebab untuk Presiden KFA letak jawatan

Tiada sebab untuk Presiden KFA letak jawatan

oleh Ammar Haziq
Dari kiri Mohd Noor, khamal Idris, Abdul Rahman, Mohd Firdaus dan Yusuri melihat kenyataan media yamg dikeluarkan KFA hari ini.

SIDANG MEDIAPERSATUAN BOLA SEPAK KEDAH DARUL AMAN11 Oktober 2020, Ahad, 9:30 pagi Dewan Mayang Mas, The Jerai Hotel, Alor Setar
======================================
KENYATAAN MEDIA


Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.


Bersama-sama saya pagi ini, En. Khamal Idris Haji Ali, Tuan Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, En. Yusuri Yusof, Naib-naib Presiden KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad, Setiausaha Kehormat KFA, En. Mohd Noor Mohd Amin, Bendahari Kehormat KFA, ahli-ahli Eksekutif, dan Tuan Haji Zulkifli Che Haron, Ketua Pegawai Eksekutif KFA.


Pagi ini, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) bagi sesi penggal 2018 hingga 2022 telah mengadakan satu sidang mesyuarat khas bagi membincangkan berkenaan surat perletakan jawatan bertarikh 25 September 2020 oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Presiden KFA.


Setelah meneliti kandungan surat tersebut yang menyatakan hasrat YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk meletak jawatan sebagai Presiden KFA berkuatkuasa 15 Oktober ini, Jawatankuasa Eksekutif KFA memutuskan sebulat suara untuk menolak perletakan jawatan YAB Haji Muhammad Sanusi sebagai Presiden KFA.


Jawatankuasa Eksekutif KFA telah membuat pertimbangan dengan teliti dan mencapai kata sepakat pentadbiran YAB Haji Muhammad Sanusi setakat ini cukup baik dalam mengurus tadbir dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam persatuan.

Tiada sebab kukuh untuk YAB Haji Muhammad Sanusi untuk meletakkan jawatan sewaktu pentadbiran beliau telah menyelesaikan beberapa permasalahan besar dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada pasukan Liga Super Kedah yang kini di tahap 2 pasukan terbaik di Malaysia.


Antara lain sumbangan khidmat beliau setakat ini adalah seperti berikut:
1. Urus tadbir yang efisyen terutamanya dalam mengawalselia kewangan semasa persatuan dan peruntukan pasukan;
2. KFA telah berjaya mendapatkan kelulusan FAM bagi proses pemisahan FA ke FC baru-baru ini seterusnya pasukan Kedah layak beraksi di pentas CIMB Liga Super musim 2021 dalam tempoh yang singkat;
3. KFA lulus perlesenan kelab peringkat kebangsaan dan AFC seterusnya melayakkan Kedah beraksi di musim 2021 dalam Liga Malaysia dan Piala AFC sekiranya layak.
4. Keprihatinan YAB Presiden KFA yang menitik beratkan kebajikan persatuan dan pasukan telah menyuntik motivasi barisan kejurulatihan dan pemain Liga Super Kedah yang kini di tangga kedua CIMB Liga Super dan berpeluang cerah untuk beraksi di pentas Piala AFC walaupun sebelum ini menghadapi masalah kewangan yang besar.


Mesyuarat Jawankuasa Eksekutif juga membuat keputusan menyokong penuh kepimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor untuk meneruskan khidmat sebagai Presiden KFA dalam membawa sukan rakyat ini ke peringkat Asia dan segala sumbangan khidmat yang cemerlang sebelum ini dapat diteruskan ke musim akan datang.

Sekian.
Kenyataan dikeluarkan oleh:

DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN ABDULLAH Timbalan Presiden KFA

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com