Wednesday, 24, April, 2024
Utama Politik Pejuang usul undi tidak percaya kepada PM

Pejuang usul undi tidak percaya kepada PM

oleh Ammar Haziq

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Penaja Pejuang pada 15 Oktober 2020 telah memutuskan agar kelima-lima ahli perlimen Pejuang membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri (PM).

Keputusan ini diambil kerana kegagalan PM mentadbir kerajaan sewaktu pandemik Covid-19 dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang dipunyai oleh PM.

Kelima-lima ahli parlimen Pejuang yang telah menghantar usul undi tidak percaya tersebut kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah ahli parlimen Langkawi, ahli parlimen Jerlun, ahli parlimen Simpang Renggam, ahli parlimen Kubang Pasu dan ahli parlimen Seri Gading.

YB DR MASZLEE MALIK
KETUA PENERANGAN PENAJA PEJUANG
16 OKTOBER 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com