Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Prof Dr Shahimi dilantik TNC (akademik & antarabangsa) UUM ke-12

Prof Dr Shahimi dilantik TNC (akademik & antarabangsa) UUM ke-12

oleh Ammar Haziq
Prof. Dr. Shahimi Mohtar

SINTOK – Provos Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), Prof. Dr. Shahimi Mohtar telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM) baharu berkuat kuasa 1 Disember bagi tempoh tiga tahun.


Prof. Dr. Shahimi merupakan Profesor dalam bidang Pengurusan Operasi dan Logistik berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari University of South Australia; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari ohio University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University of Nevada at Reno, Amerika Syarikat.


Beliau telah berkhidmat di UUM selama 25 tahun di pelbagai peringkat pengurusan, akademik dan penyelidikan, malah pernah menerima anugerah ‘The Best Professor Award In Logistic Management’ dari The Golden Tigers Award dan ‘The Best Officer Leader’ dari UUM.


UUM berharap dengan pelantikan Prof. Dr. Shahimi yang pernah menjadi Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dari 2015 hingga 2017 itu akan memberi nilai tambah atau value added kepada universiti ke arah mencapai matlamat strategik universiti untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com