Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri 70 OKU terima sumbangan YADIM Kedah

70 OKU terima sumbangan YADIM Kedah

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – 70 orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan  SETAR – Sempena Bulan Dakwah 2020 oleh YADIM di Dewan Masjid Al Aziz, Tanjung Bendahara Alor setar, semalam.


Penyelaras program YADIM Kedah,Mohd Irfan Shaffik Idris berkata, program tersebut juga diadakan  sempena Sambutan Hari Orang Kelainan Upaya yang disambut pada 3 Disember setiap tahun.


Menurutnya, YADIM dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah, Majlis Dakwah Negara dan Inisiatif Bandar Selamat pada hari ini memberikan sedikit sumbangan berupa pek makanan asasi kepada 70 Orang Kelainan Upaya yang terpilih. 


“Mereka antara yang terkesan dengan sara hidup dalam keadaan Pandemik Covid-19 yang masih lagi ada disekeliling kita. 


“YADIM sentiasa memastikan golongan ini mempunyai hak dan peluang sama rata untuk dibantu. 


“Sesungguhnya ini merupakan mesej jelas bahawa nasib dan kehidupan golongan OKU sentiasa diambil berat,”,katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com