Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Pemuda Pas, UMN0, Armada Kedah sokong tuntutan caj air ke atas Pulau Pinang

Pemuda Pas, UMN0, Armada Kedah sokong tuntutan caj air ke atas Pulau Pinang

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH , PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH DAN ARMADA BERSATU NEGERI KEDAH 

17 Disember 2020 | Khamis

PEMUDA PAS, PERGERAKAN PEMUDA UMNO DAN ARMADA BERSATU MENYOKONG PENUH TUNTUTAN CAJ BEKALAN AIR  NEGERI KEDAH KEPADA PULAU PINANG

  1. Kami mewakili barisan kepimpinan pemuda di semua peringkat negeri, kawasan dan cawangan seluruh negeri Kedah sebulat suara menyokong penuh tuntutan RM50 Juta setahun oleh Kerajaan Negeri Kedah terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas penggunaan sumber bekalan air yang digunakan sebanyak 1,100 juta liter padu (mld) sehari oleh Negeri Pulau Pinang dari Sungai Muda.
  2. Menurut hemat kami tuntutan ini munasabah kerana :-
    1. Penggunaan air 1,100 juta liter padu (mld) sehari oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah bersumberkan air yang mengalir dalam Sungai Muda daripada kawasan tadahan air Hutan Ulu Muda, negeri Kedah Darul Aman.
    1. Tuntutan ini munasabah kerana ia amat diperlukan untuk Kerajaan Negeri Kedah melaksana program pengekalan dan kelestarian kawasan tersebut untuk menjamin bekalan air yang mencukupi kepada 4.06 juta rakyat Kedah, Perlis & Pulau Pinang. Adakah wajar Kedah perlu korbankan tanah hutan yang luas dan menanggung kos penyelenggaraan sumber  dan aliran air sementara Pulau Pinang pula menikmati faedah dan keuntungan secara percuma?
    1. Berdasarkan data terkini pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebenarnya telah mengekstrak 80% sumber air mereka dari Sungai Muda setiap hari iaitu 1,100 juta liter sehari (mld) dan dalam masa yang sama pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) mengenakan caj kepada pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi setiap meter padu yang diekstrak kira-kira hanya (800 mld) bagi tujuan membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Kedah. 
    1. Jadi adalah adil jika pihak (PBAPP) turut membayar sebagaimana (SADA) membuat pembayarannya untuk sumber air.  

3 – Kami juga mahu mengingatkan mana-mana pihak bahawa isu melibatkan bekalan air ini bukan isu politik kepartian yang perlu dimomok dan diprovokasi sehingga mengenepikan  isu asalnya iaitu isu pemuliharaan kawasan tadahan air. 

  • Oleh itu, semangat kesetiakawanan sebagai negeri yang berjiran dalam Malaysia boleh dijelma dalam bentuk toleransi dan mahabbah kerana tuntutan ini berfakta dan memiliki nilai keuntungan masa depan bersama bagi kedua-dua negeri berikutan pengekalan dan pemuliharaan kawasan tadahan air Hutan Ulu Muda akan menjamin sumber air bagi generasi akan datang. Bukankah ini satu nilai baik bagi slogan “Demi Rakyat”?
  • Kami juga meminta agar perjanjian bekalan air antara Kedah dan Pulau Pinang yang dimeterai pada tahun 1985 disemak semula berikutan telah berlalu 35 tahun perjanjian tersebut berbanding keperluan masa kini yang sangat berbeza.
  • Adalah diharapkan semangat ini menjadi pertimbangan (PBAPP) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat bayaran sewajarnya kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui (LSANK). Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat menjadi fasilitator untuk menjayakan rundingan antara kedua-dua negeri dan agensi terbabit.
  • Justeru, kami menyatakan pendirian kami dengan tegas, bagi menyokong penuh YAB Menteri Besar Negeri Kedah untuk terus membuat tuntutan bayaran air kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM50 juta setahun demi hak rakyat negeri Kedah. 

Yang Benar, 

Nurul Amin bin Hamid

Ketua Pemuda 

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah 

Mohamad Fadzil bin Zolkipli

Ketua Pergerakan 

Pemuda UMNO Negeri Kedah 

Mohd Saffuan bin Sabari

Ketua Armada 

Bersatu Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com