Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Azreyanti pegawai wanita pertama terajui Maritim Kuala Kedah

Azreyanti pegawai wanita pertama terajui Maritim Kuala Kedah

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR , 18 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatat sejarah baharu dengan pelantikan Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak merupakan pegawai wanita pertama Maritim Malaysia yang dilantik sebagai Pengarah Zon Maritim dan akan menerajui Zon Maritim Kuala Kedah.

Pelantikan Azreyanti, 36 tahun sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah adalah satu gambaran keterbukaan pengurusan Agensi dalam pelantikan dan kenaikan pangkat seseorang pegawai dan anggota tanpa diskriminasi jantina dengan meletakkan pencapaiaan prestasi individu sebagai ukuran.

Sebelum ini Azreyanti bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya sebagai Penolong Pengarah Kanan.

Beberapa pencapaian direkodkan dalam perkhidmatan, antaranya pegawai penyiasat wanita pertama dalam mengendalikan kes dadah terbesar sejak penubuhan Maritim Malaysia sehingga 2014, pegawai wanita pertama menyertai pelayaran latihan bersama Japan Coast Guard (JCG) dan Japan International Cooperatoon Agency (JICA) di bawah program Kojima Vessel On – Boarding Training yang bermula di Singapura hingga ke Kure, Jepun. Beliau juga merupakan Pegawai Navigasi wanita pertama yang menyertai LIMA tahun 2009.

Azreyanti berkata, akan berusaha meneruskan kecemerlangan Zon Maritim Kuala Kedah dengan meningkatkan lagi penguatkuasaan serta usaha bagi memastikan kadar jenayah di perairan Kuala Kedah berada pada tahap yang rendah.

Majlis Serah Terima Tugas antara mantan Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad kepada Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah yang baharu,
Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak, disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah & Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com