Tuesday, 23, April, 2024
Utama Negeri Pemuda Pas Kedah selar batu api isu Thaipusam

Pemuda Pas Kedah selar batu api isu Thaipusam

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
Ahad | 24 Januari 2021

PEMUDA PAS KEDAH SELAR BATU API ISU THAIPUSAM

Dewan Pemuda PAS Kedah menyelar tindakan mana-mana pihak yang cuba berpolitik dengan laras bahasa chauvinis atau perkauman sempit.

Mutakhir ini pihak tertentu cuba menyerang kerajaan Kedah kononnya Kedah menafikan hak kaum India untuk menyambut Thaipusam di Kedah atau dengan bahasa sebenar mereka menggunakan kalimah ‘batal’ yang pasti akan disalah erti oleh kaum India diluar Kedah.

Ini satu tindakan batu api politik perkauman yang bahaya untuk sosial.

Apabila kebencian disemai, maka perkauman sempit atau chauvinsime adalah senjata paling ampuh untuk menyatukan suara menghentam musuh.

Hal inilah yang berlaku terhadap YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri Kedah.

Telah di hebahkan beberapa kali bahawa,
Cuti sempena Perayaan Thaipusam bukanlah satu cuti umum yang diwartakan di Kedah sejak dahulu kala lagi baik zaman BN, PAS dan kemudian BN serta PH dan terkini ditadbir PAS semula.

Banyak industri di Kedah yang tidak memperuntuk cuti Thaipusam sebagai cuti umum tetap membenarkan pekerja berbangsa India mengambil cuti untuk sambutan dan ia tidak menimbulkan ketegangan langsung berdekad lamanya.

Kenapa hari ini ia diungkit dengan tidak beretika dan bernada jahat?

Istilah BATAL yang digunakan terhadap kerajaan Kedah kononnya cuti Thaipusam dibatal adalah satu penggunaan perkataan yang bernada buruk dan berniat kebencian berasaskan kaum dan agama dapat disebarluaskan.

Sedangkan cuti itu belum pun pernah dilulus sebagai cuti peristiwa sebelum ini.

Apa untungnya memanipulasikan istilah? Kenapa tidak berucap sesuatu atas fakta dan situasi yang sebenar?

Tahniah YAB Menteri Besar Negeri Kedah kerana tegas dengan prinsip dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak untuk kepentingan politik.

Yang Benar,

Abdul Hadi Bin Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com