Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Projek tanaman durian : Tindakan tegas dan siasat segera

Projek tanaman durian : Tindakan tegas dan siasat segera

oleh Ammar Haziq
Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

KENYATAAN MEDIA

Saya mengambil maklum perkembangan isu terbaru yang panas dibahaskan   berkenaan penerokaan Gunung Inas bagi tujuan penanaman Durian Musang King seperti didakwa seorang lelaki dalam sebuah video tular.

Pertamanya saya ingin menyatakan perasaan kesal dengan perkembangan ini dan pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah  ingin menggesa supaya  tindakan siasatan diambil secara tegas dan segera bagi mencari punca dan dalang sebenar isu tersebut secara menyeluruh hingga ke akar umbi.

Siasatan harus juga dibuat bagi mengenal pasti samada perkara sebenar adalah seperti yang didakwa oleh seorang lelaki dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, projek penanaman tersebut juga haruslah diarahkan supaya dihentikan serta merta bagi memberi ruang kepada siasatan.

Siasatan juga harus dijalankan melibatkan jabatan dan agensi penguatkuasaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Hutan Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah serta Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kedah supaya turut menyiasat samada ada berlaku pelanggaran undang-undang sehingga mengakibatkan sumber air di kawasan berdekatan terjejas teruk.

Kita mahu pihak terlibat membangunkan projek tersebut mengikut tata urus tadbir yang betul dan mengikut ketetapan awal kontrak mereka . Rakyat juga perlu dijelas kan tentang letak duduk sebenar keatas  tanah berkaitan, baik kelulusan nya. Pihak yang meluluskan, kelulusan berkaitan apa keatas tanah berkenaan, serta juga syarat kelulusan juga pulangan kepada kerajaan Kedah.

Gunung Inas adalah milik Kedah khusus bagi rakyat Baling, Sik dan Kulim. Rakyat Kedah perlu penjelasan segera keatas penerokaan Gunung Inas.

Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com