Friday, 19, April, 2024
Utama Negeri MB Kedah responsif, peka isu PDPR

MB Kedah responsif, peka isu PDPR

oleh Ammar Haziq
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan

Bagi pihak Kelab Belia Darul Aman kita mengalu alukan pengumuman kerajaan negeri yang dibuat oleh YAB Menteri Besar berhubung pemberian 3,600 tablet yang bakal memanfaatkan 3600 murid rendah dan menengah di seluruh negeri Kedah.

Usaha ini selaras dengan perkembangan EduWeb 4.0 selain tuntutan PdPR kesan pandemik Covid yang melanda.

Dalam masa yang sama kita turut menyeru agar talian internet dan prasarana telekomunikasi di semua kawasan ditingkatkan supaya akses pembelajaran dalam talian menjadi lebih berkesan.

Selain itu opsyen pembelajaran off line juga dapat dibantu oleh kerajaan negeri menerusi peruntukkan khas bagi mencetak kertas latihan dan buku kerja sebagai pelengkap kepada pembelajaran dalam talian.

Ini boleh memanfaatkan murid supaya mereka tidak menjadi lost generation selain perkembangan intelektual mereka tidak terganggu.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan
Pengerusi Kelab Belia Darulaman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com