Thursday, 28, March, 2024
Utama Nasional Pas buka pintu 24 jam, SPRM boleh siasat pemimpinnya

Pas buka pintu 24 jam, SPRM boleh siasat pemimpinnya

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka pintu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 24 jam untuk menyiasat pemimpin parti tersebut termasuk yang kini berada di dalam kerajaan.

Menurutnya, SPRM dibenarkan bertindak tanpa sebarang halangan terhadap semua Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri dan anggota kerajaan.

“Setelah berjaya memenangi pilihan raya dan memerintah, PAS telah membuktikan melalui tarbiyah dalam parti dengan membuka pintu 24 jam kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka secara langsung.

“Kita mengambil contoh daripada pemimpin PAS yang sudah meninggal dunia kerana orang yang masih hidup tetap masih berada dalam ujian,”katanya menerusi Minda Presiden Pas yang dimuatkan dalam Facebooknya rasmi hari ini.

Abdul Hadi berkata, perkara tersebut terbukti menerusi integriti Menteri Besar Kelantan yang memimpin selama lebih dua puluh tahun (1959-1978 dan 1990-2013), begitu juga di Terengganu (1959-1961) dan Kedah (2008-2013).

Menurutnya, semua pemimpin ini tidak meninggalkan pusaka rumah banglo atau cuba mengambil kesempatan ketika mengecapi kemenangan dan memimpin kerajaan negeri.

“Termasuklah sehingga hari ini, pemimpin PAS yang masih hidup dapat membuktikan pentadbiran kerajaan yang bersih daripada rasuah dan salah laku.

“Begitu juga ketika PAS berada dalam Kerajaan Pusat dari tahun 1973 sehingga tahun 1978, dan kini diuji bersama Kerajaan PN,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com