Friday, 29, March, 2024
Utama Nasional Jualan buku ‘Rahsia Pengutip Sampah’ cecah RM1 juta

Jualan buku ‘Rahsia Pengutip Sampah’ cecah RM1 juta

oleh Ammar Haziq

Dari Facebook rasmi Muhammad Azlan Al-Amin :

ASALNYA saya hanya suka suka menerbitkan buku ini dan tidak terlalu serius pun dalam mempromosikannya.Namun siapa sangka dan saya sendiri tidak menyangka,buku ini telah terjual puluhan ribu naskhah dan hasilnya jualannya mencecah RM1 juta.

Itulah kuasa Allah dan kehendakNya. Alhamdulillah,hasil jualannya banyak saya gunakan untuk diinfakkan ke jalan jalan kebajikan. Suka dan bahagia saya kerana melalui tulisan, hasilnya mengalir kepada ramai fakir fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Walaupun ianya bukanlah pendapatan utama bagi saya kerana saya memiliki pelbagai perniagaan lain,tapi setidaknya saya sangat termotivasi kerana hasil buah tangan yang tidak seberapa ini ternyata sangat lumayan.

Paling “lumayan” bukanlah jumlah yang berbentuk wang semata mata,namun hasilnya yang disumbangkan kepada insan insan memerlukan.Subhanallah.Awalnya,saya sudah tidak mahu ulang cetak lagi buku ini.Namun entah mengapa,di saat akhir tiba tiba buku ini laris.

Saya masih ingat pada waktu itu seorang guru penulisan terkenal iaitu tuan Zamri Mohamad bercakap dengan saya menerusi telefon,banyak beliau nasihatkan saya agar jangan berhenti mencetak selagi ada permintaan.

Rupanya “kasyaf” beliau terbukti benar,saya terpaksa ulang cetak banyak kali kerana permintaaan tinggi menerusi kedai buku dan juga online.Terima kasih tuan Zamri atas nasihat.

Tentu sekali saya juga tidak akan melupakan jasa,doa serta bimbingan seorang guru penulisan yang hebat,murabbi kami Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kerana banyak membantu saya menulis biarpun saya bukan seorang penulis.

InsyaAllah,saya makin bersemangat menulis dan tidak lama lagi buku kedua saya bersama ustaz Pahrol bakal diterbitkan untuk menemui para pembaca.Untuk buku kedua ini,saya letakkan sasaran jualan melebihi 100,000 naskhah dengan nilai jualan jutaan ringgit.

Selain dari sumbangan lain lain perniagaan saya,saya turut ingin berbakti melalui hasil jualan buku ini untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

Nantikan kemunculan buku kedua saya berjudul :40 KUNCI KEJAYAAN AZLAN AL AMIN.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com