Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Tabung Covid-19 beri manfaat kepada lebih ramai penerima

Tabung Covid-19 beri manfaat kepada lebih ramai penerima

oleh Ammar Haziq
Ahmad Yahya

PAS KEDAH ALU-ALUKAN TABUNG BENCANA COVID-19

Assalamualaikum Wmt Wbr,

Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menyambut baik Langkah PAS Pusat melancarkan Tabung Bencana Covid-19 yang bertujuan membantu semua golongan yang terkesan.

Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri telah mengumumkan pelbagai bantuan untuk rakyat. Namun dalam suasana rakyat yang terkesan dengan bencana Covid-19 ini begitu besar, maka langkah yang diambil PAS Pusat dapat melebarkan jumlah sasaran penerima.

Sekarang Allah SWT menguji kita dengan suasana penuh kesukaran. Namun ia tidaklah seperit penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Sewaktu terdapat ramai yang dalam kesusahan, masih ramai juga di antara kita yang mempunyai kelebihan harta. Maka bermurah-hatilah untuk membantu mereka yang terkesan.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani

BPPNK turut menyokong program vaksinasi PAS Pusat. Ia sebagai ikhtiar terbaik ke arah memutuskan rantaian pandemik. Saya berharap tiada ahli PAS yang tidak mendaftar untuk vaksinasi dan seterusnya hadir bila dipanggil temujanji.

Semoga Allah memberi yang terlebih baik untuk para dermawan sekelian.

Terima Kasih,

Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah.

1 Jun 2021
Alor Setar, Kedah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com