Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri 8,476 surat kebenaran tanam padi dikeluarkan MADA

8,476 surat kebenaran tanam padi dikeluarkan MADA

oleh Ammar Haziq
Ahmad Tarmizi (kiri) meninjau aktiviti penanaman padi di Kampung Kubang Teduh, Jitra.
  • Penanaman padi di Kawasan Muda pada ketika ini berada di Musim 1/2021. Sehingga 15 Jun 2021, seluas 93.9% daripada 100,685 hektar kawasan penanaman padi di Kawasan Muda telah selesai aktiviti menanam padi. 
  • Di dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh Negara bermula 1 Jun 2021, aktiviti penanaman padi diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu dan boleh menjalankan aktiviti mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Sehingga 14 Jun 2021 pihak MADA telah mengeluarkan sebanyak 8,476 surat kebenaran menjalankan aktiviti rantaian pengeluaran makanan kepada peladang, pembekal perkhidmatan dan usahawan melalui 27 buah PPK MADA. Surat ini boleh digunakan sehingga 28 Jun 2021
  • Sukacita juga dimaklumkan bahawa pengedaran benih padi sah (BPS) di seluruh Kawasan Muda telah selesai. Sebanyak 332,010 beg BPS telah dipasarkan melalui PPK MADA kepada peladang.
  • Pihak MADA juga mengambil kesempatan ini untuk memohon peladang-peladang untuk mengoptimumkan pengunaan air hujan untuk aktiviti penanaman padi.
  • Walaubagaimanapun bekalan sokongan pengairan bagi tanaman padi akan dibekalkan daripada empangan sekiranya diperlukan. Sehingga 15 Jun 2021, paras takungan air di Empangan Pedu berada pada paras 88.31%, takungan air di Empangan Muda berada pada 81.92% manakala takungan air di Empangan Ahning berada pada paras 89.11%. Jumlah takungan air di ketiga-tiga empangan ini secara keseluruhannya berada pada paras yang selesa.
  • Adalah dijangkakan aktiviti penuaian padi bagi Musim 1/2021 akan bermula pada penghujung bulan Julai 2021 dan dijangka selesai pada bulan Oktober 2021.
  • Peladang-peladang MADA dipohon sentiasa menjaga SOP COVID-19 yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan bagi mengekal penularan COVID-19. Peladang-peladang juga disaran membuat pendaftaran vaksin dan menghadiri temujanji vaksin.

Dikeluarkan Oleh :

YB Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda – MADA 16 Jun 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com