Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Pas junjung kasih titah Agong segerakan sidang Parlimen

Pas junjung kasih titah Agong segerakan sidang Parlimen

oleh Ammar Haziq

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti tersebut menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli-Duli Raja-Raja Melayu agar kerajaan segera mengadakan sidang Parlimen.

Menurutnya, saranan tersebut adalah bukti keprihatinan Agong dan juga Raja-Raja Melayu yang mengambil perhatian berat terhadap usaha menghadapi pandemik Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.

Tindakan yang diambil oleh Baginda Tuanku bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik dan mendengar taklimat daripada agensi-agensi Kerajaan, menunjukkan bahawa Baginda Tuanku amat mengambil perhatian terhadap situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Ini turut membuktikan Institusi Raja-Raja Melayu jelas menjadi payung kepada seluruh rakyat tanpa mengira kepercayaan agama dan fahaman politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com