Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Lembaga Zakat Negeri Kedah bantu bina rumah buat lima beradik hilang tempat bergantung

Lembaga Zakat Negeri Kedah bantu bina rumah buat lima beradik hilang tempat bergantung

oleh Ammar Haziq
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman (dua kanan) melawat lima beradik tersebut di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang hari ini.

ALOR SETAR – “Sebenarnya memang hasrat arwah mak kami nak jual kereta lama untuk buat rumah kat tanah tok tu ustaz. Cuma tak kesampaian sampailah dia meninggal dunia kelmarin.” Bisik Adik Farra sayu.

“Bila ustaz habaq nak buat rumah baru untuk kami, Alhamdulillah syukur sangat. Mungkin Allah dah makbulkan hasrat arwah mak.” Allahu. Luluh hati kami bila dengar ayat tu.

Adik Farra ni baru umur 20 tahun. Tapi dah jadi macam ibu dan ayah kepada 4 orang adik-beradik yang lain. Yang paling kecil baru umur 4 tahun.Ibu mereka baru saja meninggal dunia semalam selepas koma lebih kurang 62 hari di Hospital Sultanah Bahiyah. Ayah pula masih dalam penjara. Ada lagi 4 tahun berbaki.

Semalam bila kami dapat maklumat kata ada 5 beradik yang hilang tempat bergantung, dalam fikiran kami macam mana la agaknya anak-anak ni nak teruskan hidup tanpa mak ayah.

Pagi ini kami terus bergegas ke Kg Pasir Puteh, Mukim Tualak, Kuala Nerang untuk tengok sendiri keadaan mereka. Syukur Alhamdulillah bila dapat tau masih ada tok dan ayah saudara lain yang sanggup jaga anak-anak ini.

“Nak dak kalau kami bagi rumah sewa sementara? Cari yang dalam kampung ni takpa. Sewa semua LZNK tanggung.” Tanya kami kat Tok Banun. Tok Banun dah berumur lebih kurang 92 tahun dah. Tapi masih sihat lagi. Masih boleh berjalan pi mai.

“Tak apa ustaz. Duk dengan tok pun boleh ni. Senang sikit nak jaga yang kecil-kecil ni sebab si kakak sulung pun nak kena keluar kerja juga.” Jawab Tok Banun perlahan.

Kakak sulung kerja JPAM. Tapi sambilan jer. Kadang kalau depa call baru ada kerja. Cuma bila PKP ni, terhad juga la pergerakan nak pi kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman (kiri) melihat tapak tanah nenek kepada lima beradik yang bakal dibinakan rumah baharu.

“Ok kalau macam tu, kami akan bagi rumah sebuah untuk depa. Cuma untuk sementara 2-3 bulan proses pembinaan tu, depa duduk dengan tok dulu na.

”“Tok ada ka tapak di mana-mana untuk kami buat rumah kat depa?” Tanya kami.“

Tanah tok ada lagi ustaz. Ambillah banyak mana pun, buatlah rumah, yang penting bagi depa duk selesa adik beradik ja.” Jawab tok laju.

Tanpa sedar, air mata tok dah mengalir di pipi. Sebak. Kalut-kalut tok ambil hujung tudung nak lap air mata. Takmau bagi kami nampak. Mungkin hati tengah fikirkan nasib cucu-cucu kesayangan.

Masa kami nak bergerak ke tapak tanah untuk buat rumah tu pun Tok Banun bersungguh-sungguh cakap nak ikut sekali. Nak tunjukkan sendiri tanah tu kat kami.

“Tok taktau nak kata apa ustaz. Tok hanya boleh ucap terima kasih ja. Terima kasih sangat sebab sudi mai jenguk cucu-cucu tok.” Sekali lagi tok lap air mata.

Adik yang keempat, Nuraina tu baru darjah 6. Kami offer juga tadi untuk dia masuk mana-mana sekolah agama yang dia minat tahun depan. Semua yuran, makan minum, asrama LZNK akan taja semua. Senyum jer dia.

Lebih mengujakan, kami dapat makluman yang DYTM Raja Muda Kedah dan DYTM Raja Puan Muda Kedah juga dah termaklum mengenai keluarga ini dan bertitah untuk pihak Istana kurniakan sebuah motosikal dalam masa terdekat nak bagi mudah si kakak pergi kerja. Menjunjung setinggi kasih Tuanku.

Sebelum pulang, kami serahkan bekalan makanan dan sikit wang belanja kat kakak untuk beli barang-barang keperluan sementara adik-adik.Terima kasih semua yang bagi maklumat.

Terima kasih juga JKM sebab sudi sambung bantuan mereka. Terima kasih Penolong Amil, jiran-jiran yang ambil berat.Doakanlah yang terbaik. Semoga Allah aturkan masa depan yang cerah buat mereka 5 beradik bersama. Semoga Allah jaga hati mereka untuk sentiasa bersatu. Insya Allah.

Jom tunaikan zakat di:https://jom.zakatkedah.com.my

Atau salurkan sumbangan di:https://asnafcare.com.my

Kredit Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com