Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Hidayah milik Allah: remaja ajak mak, abang peluk Islam

Hidayah milik Allah: remaja ajak mak, abang peluk Islam

oleh Ammar Haziq
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman (kanan) menyantuni Firdaus dan ibunya di kediaman mereka semalam.

“Mula-mula saya nak masuk Islam, saya ada habaq kat mak saya. Mak saya kata hang puasa dulu seminggu aku nak tengok. Lepas saja saya habis puasa seminggu, baru mak saya setuju. Dia sendiri bawa saya pi Pejabat Agama walaupun masa tu dia belum Islam.”

Sayu sangat bila dengar adik Firdaus Mukhriz (nama asal Keseven A/L Munandy) cerita pasal kisah dia masuk Islam di Kg Paya Changlun tadi. Semua diam jer tadi. Khusyuk dengar. Adik Firdaus cuma ada mak dan juga sorang abang. Ayah dah meninggal dunia masa dia umur 3 tahun.

Sekarang mak ambil upah mengasuh anak jiran-jiran.Dia masuk Islam waktu masih di tingkatan 3 sorang-sorang. Katanya sebab belajar banyak pasal Islam di Sekolah Menengah Sintok. Sekarang baru jer dapat keputusan SPM. Boleh tahan juga. Semua huruf ada 😅

Yang bestnya bila dia masuk Islam 2018, dia pujuk mak dia juga masuk Islam. Alhamdulillah tahun 2019 mak dia terbuka hati masuk Islam. Lepastu dia pujuk pula abang dia. Tahun ni abang dia pula masuk Islam.

MasyaAllah hebatnya hidayah Allah.Lebih sayu bila mak dia, Kak Sarah, cerita yang lepastu semua adik beradik dan jiran-jiran pakat marah dan pulau depa sekeluarga. Depa kata ni you sudah juai you punya anak.

Kak Sarah kata sedih sangat. Dia jawab balik kat depa biarlah nak kata apa pun, ni anak saya.“Macam-macam depa buat dulu ustaz. Ada yang hantaq mai daging babi ke rumah, bagi najis anjing. Sekarang Alhamdulillah dah ok sikit. Dah boleh sembang dengan depa.”

Sedih sangat Kak Sarah cerita pengalaman bila anak masuk Islam. Tak sedar mengalir air mata. Hebat sungguh pengorbanan si ibu.

“Sebenarnya ayah dia dulu pun sempat masuk Islam sebelum meninggal dunia ustaz. Dah lama dah, tahun 2002 macam tu. Tapi saya tak masuk. Saya habaq kat ayah dia, nak masuk boleh tapi jangan kacau saya.”

Kak Sarah buka cerita lama.“Ayah dia setuju. Lepas masuk Islam, dia semayang sorang-sorang. Puasa pun sorang-sorang tak kacau saya. Tapi tak dan lama ustaz, lepastu ayah dia meninggal dunia sebab sakit.” Tambah Kak Sarah lagi.

Tersekat-sekat suara.Terus terkeluar dari mulut kami Alhamdulillah. Apa lagi yang kita boleh ucap melainkan syukur pada Allah. Hebatnya hidayah Islam sampai tepat masanya sebelum beliau mati.

Hati saya tak dapat tahan rasa bahagia dengan keluarga ini. Keluarga kecil, tapi sebenarnya Allah sedang jaga.Tengah ralit bersembang, mata kami ternampak ada satu oven di ruang tamu. Sebelah ada balang-balang kuih duk tersusun.

“Ni oven duk buat apa? Kak buat biskut ka?” Tanya kami kat Kak Sarah.

“Bukan saya Ustaz. Firdaus ni la duk buat. Jiran-jiran kata sedap. Lani dia duk juai la sikit-sikit online. Sampai ke KL ada orang beli.”

“Aik Firdaus buat sendiri? Belajaq di mana buat biskut?” Kami tanya lagi. Tak percaya. Biasanya kalau anak perempuan takpa lagi. Jarang pula dengar anak teruna buat biskut.

“Belajar kot YouTube ja ustaz. Saya try tengok jadi. Saya juai la. Lani ada dua jenis jer. Biskut Florintine saya juai RM20 sebalang. Biskut popia nestum saya juai RM15 sebalang.” Senyum jer Adik Firdaus jawab.Allahu.

Betullah Allah cakap, rezeki Allah tu sentiasa ada di mana-mana. Cuma atas diri sendiri nak dengan tak mau saja. Siapa yang usaha, pasti Allah bagi. Allah kan dah janji. Kagum betul dengan anak muda sorang ni. Baru umur 18 tahun. Tapi dah pandai berdikari.

“Firdaus ni minat kaunseling ka? Ni kami tengok ada mohon tajaan LZNK untuk sambung belajar bidang kaunseling di UniSHAMS.” Tanya kami.

Dalam tekaan kami, dia memang minat kaunseling. Kalau tidak, masakan mak dengan abang boleh masuk Islam di tangan dia dalam tempoh 2 tahun!

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman (kanan) menyerahkan surat tawaran belajar dalam bidang kaunseling di UniSHAMS.

“Ya ustaz. Saya minat sangat kaunseling. Kalau boleh nak mengaji dalam bidang tu.” Tepat tekaan kami.Kami terus serahkan surat tawaran kemasukan ke Asasi Kaunseling di UniSHAMS. Siap dengan tawaran tajaan penuh LZNK.

InsyaAllah kami akan tanggung sepenuhnya anak muda ini sampai berjaya. Seronok dia tadi bila dapat surat. Terus tanya bila boleh masuk.Kebetulan Kak Sarah baru lepas operate selaput mata dia. Sekarang ni dia perlukan cermin mata. Kami akan bawakan dia ke kedai cermin mata nanti.

Kemudian alang-alang dah ada oven, kami minta juga senarai alatan apa yang lagi yang dia perlu untuk kembangkan lagi perniagaan ni.

“Kak pandai buat ka biskut ni? Nanti Firdaus masuk universiti sapa pula nak buat?”

“Boleh ustaz. Saya dah ajaq mak saya dah. Kalau mak saya buat, saya cuma tolong jual saja.” Yakin jer Firdaus mencelah jawab sambil tergelak.

“Ok nanti kita buat sikit tempat khas asing untuk Kak Sarah buat biskut. Dah ada kemahiran yang tu, teruskan. Nanti adik Firdaus tolong marketkan. Nanti sticker kami akan design balik bagi cantik dan akan tolong promosi sama.

”Ya Allah, Engkau jagalah keluarga mereka ini. Bagilah mereka selesa dan bangga berada dalam Islam. Kurniakanlah kemudahan atas apa jua urusan mereka. Semoga ini asbab untuk agama-Mu terus berkembang.”

Terima kasih banyak NGO Hidayah Centre banyak bantu dan tolong tengokkan keluarga ini. Siapa lagi yang ada maklumat jangan segan salurkan kepada kami. Terima kasih juga pembayar zakat. Terima kasih semua.

Semoga Allah terima usaha dan amalan kita yang kecil ini.

Jom tunaikan zakat di:https://jom.zakatkedah.com.my

Atau salurkan sumbangan melalui:https://asnafcare.com.my

Kredit Lembaga Zakat Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com