Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Bencana kepala air : Bantuan segera RM75 juta, bukti keprihatinan PM

Bencana kepala air : Bantuan segera RM75 juta, bukti keprihatinan PM

oleh Ammar Haziq
Ismail Sabri (dua kanan) semasa turun melihat kesan tragedi kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun, Yan, Kedah semalam. FOTO IHSAN UPDA

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA YAB PERDANA MENTERI

1.  Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kesudian melakukan lawatan sehari ke negeri ini, khususnya kawasan bencana banjir lumpur yang berpunca daripada fenomena ‘kepala air’ di daerah Yan dan Kuala Muda, semalam.
2.  Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah meluluskan peruntukan segera berjumlah RM75 juta bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur yang berlaku kesan bencana itu.
3.  Kami juga mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menyalurkan peruntukan bagi membaik pulih rumah penduduk terjejas yang berjumlah RM3 juta.
4.  Bagi pihak mangsa yang terbabit, setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan YAB untuk memberikan sumbangan RM5,000 bagi yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana ini, dan RM500 bagi keluarga yang terjejas.
5.  Kesudian YAB untuk menimbang peruntukan tambahan, khususnya bagi golongan petani yang tanah sawah mereka telah ditimbuni lumpur dibawa arus banjir, amat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri.
6.  Ini amat penting kerana daerah Yan merupakan kawasan pengeluaran padi yang tinggi dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
7.  Bencana sememangnya membawa kemusnahan dan ia sudah tentu amat mendukacitakan namun kesudian YAB untuk melakukan lawatan rasmi yang pertama ke negeri ini untuk melihat sendiri kesan tragedi yang berlaku serta memberi nasihat kepada mangsa yang terjejas, khususnya keluarga yang kehilangan insan tersayang, sekurang-kurangnya telah meredakan sedikit kesedihan yang ditanggung.
8.  Ini membuktikan sikap prihatin dan ambil berat YAB selaku pemimpin tertinggi kerajaan terhadap nasib rakyat untuk meneruskan kehidupan dalam situasi yang mencabar sekarang. 

Sekian.

Salam hormat,

HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
24 Ogos 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com