Friday, 29, March, 2024
Utama Sukan Mampukah KDA atasi JDT di suku akhir Piala Malaysia 2021?

Mampukah KDA atasi JDT di suku akhir Piala Malaysia 2021?

oleh Ammar Haziq
KDA FC terpaksa berpuas hati tewas 2-0 kepada MU FC di Stadium Hang Jebat semalam. foto KDA FC

Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman (KDA) FC memilih laluan sukar pada suku akhir Piala Malaysia 2021 apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada 14 November ini.

Tewas 2-0 kepada Melaka United (MU) FC pada perlawanan akhir Kumpulan C di Stadium Hang Jebat semalam menyaksikan KDA FC muncul sebagai naib juara Kumpulan C untuk bertemu JDT manakala MU FC pula muncul juara Kumpulan C bertemu Sabah FC di peringkat suku akhir.

Rata-rata pemerhati dan penyokong bolasepak tanah air menyifatkan KDA FC memilih jalan sukar kerana JDT FC berada pada prestasi terbaik apabila belum tewas sepanjang aksi kumpulan Piala Malaysia.

KDA FC cuba bangkit mengatasi MU FC pada perlawanan akhir Kumpulan C namun pujian perlu diberikan kepada Sang Kancil kerana menampilkan corak permainan tersusun dan mematahkan banyak serangan pelawat terutamanya pada separuh masa kedua. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com