Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Polis tahan lelaki cuba baling batu di ‘flyover’ Jitra

Polis tahan lelaki cuba baling batu di ‘flyover’ Jitra

oleh Ammar Haziq

Polis diraja malaysia (PDRM) Kubang Pasu telah mengesan satu Hantaran video
dan ‘whatsapp’ yang tular berkaitan kejadian Kenderaan dibaling batu oleh individu yang
tidak dikenali ketika melalui jambatan Bandar Darulaman, KM.31 lebuhraya utara
Selatan (U), Kedah.

Dalam hantaran video tersebut yang telah dirakam melalui Dashcam kenderaan berkenaan, didapati beberapa ketul batu telah dibaling dari sebuah jambatan yang meyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan tersebut. Satu laporan polis telah diterima bersangkut Jitra Report: 9198/2021

Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis telah
menubuhkan satu pasukan Tasktorce dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis
Daerah Kubang Pasu bersama dari Cawangan Pencegah Jenayah (CPJ) Balai Polis
Jitra, pada jam lebih kurang 1.45 petang semasa operasi sedang di jalankan telah
melihat penunggang motosikal seotang lelaki dalam keadaan mencurigakan menaiki motosikal jenis Honda waveS warna biru telah
memberhentikan motosikal di atas jejantas lebuhraya dari Jalan Wang Tepus menghala ke
Bandar Darulaman Jitra.

Semasa pemerhatian di buat dapati penunggang motosikal
tersebut telah turun dari motosikal dan telah mengambil sesuatu dari dalam raga motosikal yang di naiki oleh suspek.

Hasil dari tindakan yang dilakukan oleh suspek,
anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Cpj Balai Polis Jitra telah
menghampiri saspek dan hasil pemeriksaan dapati terdapat (2) ketulan batu di dalam
raga motosikal yang di naiki oleh saspek.

Hasil siasatan dapati suspek mangaku telah terlibat dalam kejadian membaling batu dan atas jambatan lebuhraya seperti mana
aporan polis yang telah dibuat sebelum ini.

Suspek juga mempunyai 7 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.
Hasil ujian air kencing terhadap suspek juga dapati suspek positif dadah jenis
“Methamphetamine”.

Tangkapan dan rampasan barang kes telah dilakukan dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 kanun keseksaan kerana melakukan khianat.

Superintendan Rodzi Abu Hassan

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com