Thursday, 28, March, 2024
Utama Negeri 24 pelajar Maktab Mahmud Sik positif Covid-19

24 pelajar Maktab Mahmud Sik positif Covid-19

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH

PEMAKLUMAN UMUM MENGENAI KLUSTER DAH PELANGI

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah melaporkan satu kluster institusi pendidikan yang dikenali sebagai  Kluster Dah Pelangi yang melibatkan sebuah sekolah berasrama iaitu Maktab Mahmud Sik, Taman Pelangi Jaya, Sik, Kedah. Sebanyak dua puluh empat (24) kes positif telah dikesan setakat ini dalam kluster tersebut, kesemuanya melibatkan pelajar – pelajar lelaki warganegara Malaysia.

Kes-kes kluster ini dikesan setelah beberapa pelajar didapati mengalami gejala bermula pada 28 November 2021. Pihak Pengurusan sekolah telah melakukan saringan bersasar kepada pelajar-pelajar dan kes-kes mula didaftarkan positif pada 3 Disember 2021. Punca penularan jangkitan masih dalam siasatan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Sik.

Sehingga 3 Disember 2021 jam 12 tengah hari, seramai 38 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan bagi kluster ini adalah seperti berikut:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (24 kes baharu dilaporkan hari ini); 
  • 14 adalah negatif; dan
  • Tiada sampel menunggu keputusan sehingga hari ini.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan isolasi dan pemerhatian kepada kes-kes positif manakala kesemua kontak rapat yang dikenalpasti pula diarahkan menjalani kuarantin. Selain daripada itu, notis penutupan sekolah juga telah diberikan bermula 3 Disember 2021 sehingga kerja-kerja basmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan.

Sehubungan itu, Jabatan ini menyeru orang ramai terutamanya pihak pengurusan sekolah untuk terus mematuhi SOP yang telah digariskan oleh kerajaan dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian;

  1. Pematuhan kepada penjarakan fizikal sepnjang masa,
  2. Elakkan daripada bersentuhan dan bersembang dekat,
  3. Pakai pelitup muka dengan sempurna sepanjang masa,
  4. Hindari kawasan sesak dan ruang sempit dan tertutup,
  5. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan serta pembersihan permukaan yang sering disentuh
  6. Memastikan pengudaraan yang baik di kawasan pembelajaran dan asrama
  7. Dapatkan imunisasi COVID-19 dan amalkan gaya hidup sihat.

YB BATO’ HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah

3 DISEMBER 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com